RUANG UDARA

Ku panjat dan masuk ke dalam pesawat
Kau duduk melihat aku sedang berlepas
Terkenang dirimu yang slalu ditinggal
Walaupun ku tahu kau akan ku jumpa lagi

Jika kau juga rasa seperti ini
Ertinya kita telah bersatu
Ku ingatkan diri siapa menanti
Yang kau dirindukan

Ruang udara, kini ku bebas berkata
Yang kau ada bersama di dalam fikiran ku

Apabila terbang, ku sedia mendarat
Takkan ku sentiasa tiada di samping kamu
Haruskah ku tahu apa yang dimahu
Sepatutnya ku selalu ada
Seperti kapal aku senang bergegar
Tapin kau sedarkan

Awan udara, sini ku bebas berkata
Sebab kau ada bersama di dalam fikiran ku